<body> <body>

Sunday, November 12, 2006 @8:04 AM

Premiership: Reds still top



United maintained the three-point gap at the top of the Premiership with the 1-0 win over Blackburn on Saturday, but Chelsea kept up the pressure with a clinical and comfortable victory over Watford earlier in the day.Didier Drogba took his tally to 14 as the Premiership’s top scorer, his hat-trick inspiring Chelsea to a 4-0 win at Stamford Bridge. Andrei Shevchenko scored the other goal as Jose Mourinho’s men - only temporarily - moved level on points with United.Aston Villa, rejuvenated under Martin O'Neill's management, moved into third with a 1-0 win at Everton thanks to a goal from Chris Sutton. Manchester City were held 0-0 at home by Newcastle United. The Blues have only scored once in their last five games, the Magpies haven't netted in any of their last four.
resource : manutd.com

Monday, September 19, 2005 @1:59 PM

I w o n ' t l e t g o



I w i l l b e y o u r f r i e n d

I w i l l d r y y o u r t e a r s

T h o u g h I w o n ' t b e t h e o n e

y o u g i v e y o u r l o v e t o

T h r o u g h t h e y e a r s

A n d I w i l l d o m y b e s t

N o t t o l e t y o u k n o w

T h a t I c a n w a t c h y o u l e a v e

B u t I c a n ' t l e t y o u g o





I w i l l s m i l e a n d s a y I ' m f i n e

A n y t i m e y o u a s k m e

I w i s h f o r y o u a l o v e l i k e m i n e

B u t o n e t h a t m a k e s y o u h a p p y

Y o u ' l l a l w a y s o w n e v e r y p a r t

O f t h i s b r o k e n h e a r t

T h o u g h I w o u l d d i e

b e f o r e I ' d l e t i t s h o w

I c a n w a t c h y o u l e a v e

B u t I c a n ' t l e t y o u g o

Friday, April 29, 2005 @3:07 PM

Ada apa dengan cinta? Mengapa begitu ramai orang yang membuat filem, drama or lagu tentang cinta?...... Apa itu Cinta? Ramai yang memberikan definisi tersendiri tentang cinta.... Jadi, apa sebenarnya cinta?

Takrifan berikut adalah hasil pandangan dari saya semata-mata, tidak semestinya betul dan harus diikuti....

Bagi saya, apabila seseorang yang sentiasa memikirkan tentang si dia, orang itu dilamun cinta.... apabila seseorang itu sanggup untuk buat apa sahaja demi si dia, orang itu dilamun cinta.... dan apabila seseorang yang hanya ingin melihat si dia berbahagia walaupun tidak memiliki sidia... orang itu juga dilamun cinta....

Dan cinta itu terdiri daripada dua unsur iaitu puja dan sayang......

puja : perasaan minat yang mendalam terhadap seseorang, setiap tingkah laku si dia begitu disenangi olehnya, perasaan ini jugalah yang menerbitkan rasa rindu pada si dia, ingin menjadi pelindung dan mendorong seseorang itu untuk membahagiakan si dia.... kehadiran perasaaan ini akan menimbulkan sesuatu perasaan lain yang dipanggil jiwang....

sayang : perasaan yang tidak mahu kehilangan si dia, perasaan ingin memiliki dan berkongsi segalanya dengan si dia, saling bergantungan dan berharap di antara satu sama lain.... perasaan sayang ini selalu dikaitkan dengan setia dan pengorbanan....

kombinasi antara 2 unsur ini akan dapat mewujudkan pelbagai jenis cinta....

1. cinta puja + sayang

kebanyakan cinta sekarang wujud dengan kedua dua perasaan ini. itu sebabnya kebanyakan pasangan yang bercinta, permulaan percintaan mereka dianggap adalah saat yang terindah. segala-galanya terasa manis belaka... sekiranya kedua-dua perasaan puja dan sayang itu kekal lama, keindahan sesuatu perhubungan itu akan sentiasa berterusan malah mungkin akan bertambah manis selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perhubungan... walaupun cinta jenis ini jarang didapati, mungkin kita akan dapat juga melihat beberapa contoh di sekeliling kita di mana kita lihat pasangan yang sudah berumah tangga selama 20-30 tahun, tapi keintiman mereka seolah-olah baru bercinta, tentu ada bukan? mungkin inilah yang dikatakan Cinta Sejati

2. cinta sayang

seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan cinta bermula dengan perasaaan puja dan sayang, tetapi, setelah lama bercinta, satu perasaan yang tidak dapat bertahan lama jika tidak di jaga ialah puja... seseorang yang memuja pasangan suatu ketika dahulu tidak lagi mempunyai perasaan sama setelah si dia meningkat umurnya... kadang-kadang timbul pula perasaan bosan... ini biasanya disebabkan orang itu telah memuja si dia di atas faktor luaran semata-mata yang mana ia tidak akan kekal lama, ataupun si dia telah berubah personalitinya yang mana tidak lagi dipuja oleh seseorang itu.... apabila ini berlaku, hubungan cinta itu akan bergantung pada perasaan sayang semata, tiada lagi bibit-bibit manis seperti pada awal perhubungan dahulu.... siapa tak sayang bini oi.... tapi sayang aje tak cukup.... dan contoh cinta ini sungguh mudah dilihat di mana-mana, bagaimana si suami berjalan meninggalkan isteri di belakang, isteri duduk di belakang apabila ada di dalam kereta, dan macam macam contoh lagi... usahlah disalahkan kehadiran anak-anak mendinginkan perhubungan anda....

3. cinta pujaan

jenis cinta yang terakhir ialah cinta pujaan, atau mungkin sesetengah orang menyebutnya cinta yang bertepuk sebelah tangan... cinta ini wujud apabila seseorang itu telah menemui si dia yang begitu diminati tetapi atas beberapa sebab, cinta ini tidak dapat dibalas oleh si dia... tapi, apa nak buat kan cinta itu datangnya dari tuhan.... jika seseorang itu redha dengan takdir, dia akan cukup berbahagia apabila melihat si dia bahagia... orang itu juga akan sentiasa mengambil berat tentang si dia... itu pun kalau seseorang itu redha dengan keadaan... cinta pujaan ini adalah cinta yang paling kerap terjadi, malahan saya percaya, setiap orang pernah melaluinya.....

terdapat pelbagai jenis cinta dan walau apa jenis cinta yang anda lalui saya yakin ia merupakan antara pengalaman anda yang terindah seperti sifat cinta itu sendiri, Indah.

itulah sedikit hasil cetusan pemikiran saya setelah melakukan pemerhatian dan melalui pengalaman sendiri... tidak semestinya ape yang saya katakan ini betul, cukup berbaloi bagi saya jika ia dapat membuat pembaca berfikir....

sekian, wassalamz...

& PROFILE

nistelro0y

Ipoh, Malaysia

& LOVES

.smsaholics. my space.

& SPEAK



& ARCHIVES

March 2005
April 2005
September 2005
November 2006


& RESOURCES

layout: +
fonts: +
brushes: + +
image: +